732,911 individu terima dos kedua vaksin COVID-19 setakat Sabtu

Bernama
Mei 16, 2021 04:53 MYT
Dr Adham berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,192,426 individu yang menerima dos pertama. -ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Sejumlah 732,911 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Sabtu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi akaun Twitternya pada Ahad, Dr Adham berkata angka itu adalah sebahagian daripada 1,192,426 individu yang menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini kepada 1,925,337 dos setakat Sabtu.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 15 Mei 2021 - 1,925,337 dos

Jumlah yg menerima dos pertama - 1,192,426 orang. Daripada jumlah itu, 732,911 orang telah menerima dos kedua Jumlah pendaftaran - 10,146,732 Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/jP4ptef4X5

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) May 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 99,797 dos diikuti Kuala Lumpur (80,662), Johor (69,562), Sarawak (69,353) dan Perak (60,617).
Sehingga semalam, 41.80 peratus atau 10,146,732 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,615,118 orang.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
#vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #dos pertama #dos kedua #suntikan #Datuk Seri Dr Adham Baba #warga emas #petugas kesihatan
;