73 peratus kes dijangkiti tidak lengkap vaksinasi, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM

Astro Awani
Ogos 31, 2021 19:29 MYT
Dr Noor Hisham berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. - Freepik
KUALA LUMPUR: 15,371 kes (73.6 peratus) daripada 20,897 jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutamanya kes di kategori 3 hingga 5.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Selasa;
1. Sebanyak 20,897 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,746,254.
2. Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479) dan Perak (1,204).
3. Sebanyak 282 kematian direkodkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 16,664 kematian.
4. Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,005 dengan 464 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
5. Kes sembuh pula merekodkan seramai 18,465 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,461,727.
#COVID-19 #ICU #jangkitan #KKM #vaksin #kematian #Sembuh
;