73% pengguna puas hati dengan mutu perkhidmatan SPAD
Astro Awani
Januari 12, 2013 11:24 MYT
Januari 12, 2013 11:24 MYT
Kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 73 peratus daripada 5,803 responden berpuas hati dengan mutu perkhidmatan awam.
Ia dibuat di tiga kawasan membabitkan Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Menurut pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar peningkatan sebanyak 20 peratus menunjukkan peningkatan pencapaian SPAD.
Jelasnya, peningkatan tahap berkenaan selari dengan penurunan 30 peratus aduan pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.
Ketika ditanya tentang kekeliruan masyarakat terhadap lembaga perlesenan kenderaan perdagangan LPKP dan kehadiran SPAD terutama isu pelekat di belakang kenderaan awam, berikut penjelasannya.
Tegasnya, SPAD akan melaksana amanah kerajaan untuk memastikan peningkatan perkhidmatan awam darat kerana ia menjadi pilihan utama rakyat negara.