73 PATI 'kantoi'!
Afiezy Azaman
Mac 4, 2019 13:58 MYT
Mac 4, 2019 13:58 MYT
Seramai 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, pada Ahad malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, operasi Op Nyah itu dijalankan pada 8 malam oleh 55 pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
"Operasi berkenaan telah mengenal pasti 107 warga asing di pasar berkenaan. 73 daripada mereka didapati tidak mempunyai dan bekerja tanpa dokumen lengkap," kata Ismadi dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mereka yang ditahan itu melibatkan 50 Rohingya, Bangladesh (13) dan Indonesia 14 orang,” katanya.
Ismadi berkata kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c), 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963
#Akta Imigresen
#Bangladesh
#Imigresen
#Op Nyah
#operasi
#Pasar Borong Selangor
#pati
#Rohingya
#warga asing