73,710 dos vaksin COVID-19 selamat tiba di Johor Bahru

Madiha Abdullah
Februari 21, 2021 17:41 MYT
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyambut ketibaan vaksin di Tambak Johor bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. - Gambar Facebook
JOHOR BAHRU: Sejumlah 73,710 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di negeri ini dari Singapura melalui jalan darat, pukul 2 petang tadi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyambut ketibaan vaksin berkenaan di Tambak Johor bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
Kesemua vaksin itu dibawa masuk dengan kenderaaan syarikat logistik DHL Express dari Singapura.
Sumber Facebook Friends of Dr Adham Baba
Sejurus sampai, kesemua vaksin telah dihantar ke empat Pusat Simpaan Vaksinasi (PSV), sebelum diedarkan ke 54 Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang terdapat di seluruh negeri Johor.
Kementerian Kesihatan akan memulakan proses memberikan vaksin kepada barisan hadapan di Johor secara berperingkat mulai minggu ini.
Terdahulu, 312, 390 dos vaksin Pfizer-BioNTech yang diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium selamat mendarat di KLIA pada pukul 10 pagi tadi.
#Kementerian Kesihatan #Johor Bahru #COVID-19 #vaksin #Datuk Seri Dr Adham Baba #Pfizer-BioNTech
;