722 individu dikompaun, 42 direman ingkar PKP - Ismail Sabri
Hilmi Malik
Jun 17, 2021 22:00 MYT
Jun 17, 2021 22:00 MYT
KUALA LUMPUR : Polis menahan seramai 764 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, 722 individu dikompaun manakala 42 lagi direman.
“Antara kesalahan dikesan adalah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal serta rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran,” katanya menerusi kenyataan harian pada Khamis.
Mengenai penguatkuasaan Op Benteng, pihak berkuasa turut menahan seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk rampasan terhadap enam kenderaan.
Katanya selain itu, semalam 391 individu dilaporkan telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah diarah menjalani proses kuarantin wajib.
#PKP
#rentas negeri
#pendatang asing
#pelitup muka
#pati
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan