722 dikompaun ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Hilmi Malik
Jun 17, 2021 18:48 MYT
Jun 17, 2021 18:48 MYT
KUALA LUMPUR : Seramai 722 individu dikompaun dan 42 lagi direman kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut tumpuan kenyataan media beliau hari ini:
1. PKPD di sembilan rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Sarawak mulai 19 Jun hingga 2 Julai.
2. PKPD di Asrama pekerja asing dan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd, Segamat mulai 19 Jun hingga 2 Julai.
3. Dua lokaliti di Sabah serta daerah Besut masing-masing ditamatkan PKPD pada 17 dan 18 Jun.
4. PKPD Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah, Sarawak tamat pada 18 Jun.
5. Seramai 722 individu dikompaun dan 42 lagi individu direman ingkar arahan PKP.