711 mangsa banjir Pasir Mas di empat PPS pagi ini
Bernama
Disember 9, 2023 11:30 MYT
Disember 9, 2023 11:30 MYT
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 711 orang daripada 229 keluarga setakat 10 pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa sedang berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70 mangsa, 21 keluarga).
Di SMK Baroh Pial terdapat 167 mangsa daripada 55 keluarga manakala dan SK Gual Periok menempatkan 136 mangsa daripada 41 keluarga
-- BERNAMA