KUALA NERUS: Seramai 700 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak pulang ke kampung halaman dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampus.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, kebanyakan pelajar mempunyai alasan tersendiri untuk tidak pulang ke kampung.
"Sebahagian pelajar tidak pulang melibatkan pelajar luar Semenanjung iaitu di Sabah dan Sarawak, manakala sebahagian yang lain mengambil keputusan untuk tidak bergerak merentas negeri.
"Selain itu pelajar-pelajar ini ada juga terlibat dengan peperiksaan sebelum dan selepas Aidilfitri serta ada antaranya yang terlibat dengan program universiti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, pihak universiti tidak akan mengabaikan dan akan sentiasa menjaga kebajikan pelajar terbabit.
"Pihak universiti akan tetap meraikan pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman mengikut normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kita tidak mahu mereka bersedih walaupun mereka tidak bersama keluarga masing-masing tetapi UniSZA juga adalah keluarga mereka sendiri.
"Kita juga akan meraikan sambutan Aidilfitri bersama mereka yang tidak pulang beraya di kampung halaman," katanya ketika ditemui pada sesi pergerakan pulang pelajar UniSZA pada Sabtu.
Sehubungan itu, katanya, pihak universiti berharap ibu bapa tidak perlu bimbang keadaan anak masing-masing di sini.
"Usah bimbang, UniSZA tetap akan melayan dan menjaga mereka seperti anak sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Afandi berkata, UniSZA telah menghantar pulang lebih 2,000 pelajar yang berada di Kampus Gong Badak, Besut dan Kampus Perubatan ke kampung halaman masing-masing.
Katanya, usaha itu dijalankan melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan menguruskan kepulangan pelajar mengikut SOP ditetapkan.
"Proses penghantaran pelajar dilakukan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 11 Mei ini membabitkan empat zon.
"Selain menaiki bas yang disediakan oleh pihak UniSZA, pelajar juga pulang dengan menggunakan kenderaan sendiri, kapal terbang dan dijemput oleh keluarga masing-masing," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus
Sinar Harian
Sun May 09 2021
![700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus 700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620603210_UniSZA.jpg)
Sebahagian daripada 2,000 pelajar UniSZA yang dihantar pulang ke kampung secara berperingkat bermula Sabtu hingga 11 Mei ini. -Foto Sinar Harian
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Buaya di UniSZA kena tangkap Buaya di UniSZA kena tangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739702851_UniSZA.jpg)
Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.
![UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735229046_Unisza.jpg)
UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Fadzli berkata, dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.
![38 pelajar UniSZA dipindahkan akibat banjir 38 pelajar UniSZA dipindahkan akibat banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733116136_pelajaruniszaman.jpg)
38 pelajar UniSZA dipindahkan akibat banjir
38 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang tinggal di luar kampus dipindahkan ke asrama, selepas kediaman mereka mula dinaiki air.
![UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi University of London UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi University of London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725171047_manuskrip.jpg)
UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi University of London
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mendigitalkan 20 manuskrip Melayu koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London.
![UniSZA nafi dakwaan jual sijil akademik UniSZA nafi dakwaan jual sijil akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649235429_UniSZA.jpg)
UniSZA nafi dakwaan jual sijil akademik
Pihaknya menegaskan tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.
![Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717144370_TBHAFIZANJUAHIR.jpg)
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
![UniSZA berjaya kumpul sumbangan RM216,000, sedia juadah berbuka percuma UniSZA berjaya kumpul sumbangan RM216,000, sedia juadah berbuka percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710821767_TBUniSZAjpg.jpg)
UniSZA berjaya kumpul sumbangan RM216,000, sedia juadah berbuka percuma
Warga UniSZA mengumpul dana sebanyak RM216,000 bagi melaksanakan program agihan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan ini.
![Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707029729_TBJURUUKURRASUAH.jpg)
Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku
Seorang juruukur bahan kanan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad, atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan motosikal.
![Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699171652_SultanahNurZahirah.jpg)
Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.
!['Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya' 'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699169348_PalestinSaberTR.jpg)
'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'
Hasrat seorang graduan Palestin untuk menerima skrol PhD tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di UniSZA.