70 penapis minyak tiruan jenama Proton dirampas

Anthea Yap
Ogos 2, 2016 15:34 MYT
KPDNKK rampas sejumlah 70 unit penapis minyak jenama Proton dalam serbuan hari ini. - Sumber foto KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 70 unit penapis minyak jenama Proton yang disyaki tiruan dalam serbuan di kedai pembekal alat ganti kenderaan di Puchong Utama di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, Abdul Rosik Yakub dalam kenyataan hari ini berkata serbuan yang dibuat sekitar jam 2.30 petang semalam itu dilakukan pihaknya menerusi hasil aduan dan maklumat daripada Proton.
"Hasil pemeriksaan lanjut oleh empat pengawai penguatkuasa KPDNKK telah diketuai Mohd. Ariffin Awang itu menemui 70 penapis minyak berkenaan yang bernilai anggaran RM652.
"Tiada sebarang penahanan dibuat dan kesemua alat berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut," tambahnya.
Abdul Rosik berkata siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
#Rampas 70 unit penapis minyak jenama Proton