BUKIT MALUT: Sejumlah kira-kira 70 ayam sabung, 40 burung murai batu, 533 pokok kaktus pelbagai saiz dan 20 tong minyak petrol berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Op Benteng di perairan barat laut Anak Datai, Langkawi.
Hasil pemantauan daripada radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) berjaya mengesan dan menahan sebuah bot fiber berwarna hijau tanpa nombor pendaftaran pada jam 11.25 malam 26 April lepas.
Bot disyaki bergerak dari Thailand sedang menuju ke Indonesia untuk menghantar barangan seludup yang menjadikan Malaysia sebagai laluan transit.
Bercakap kepada pemberita, Pengarah Maritim Negeri Kedah Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, dari soal siasat mendapati jarak perjalanan bot penyeludupan tersebut adalah dianggarkan sejauh 80 hingga 100 batu nautika yang mengambil masa selama lebih enam jam.
Setiap upah untuk satu ‘trip’ perjalanan adalah antara RM10,000 hingga RM15,000.
Mengulas lanjut, aktiviti penyeludupan ayam sabung dan burung murai batu ini dilihat mulai rancak berikutan permintaan tinggi daripada negara jiran, selain harga di pasaran Indonesia yang mahal sehingga mencecah hampir RM10,000 bagi seekor ayam sabung.
Manakala burung murai batu harganya boleh mencecah sehingga RM4,000 seekor.
“Burung dan ayam semua tu dibuat sangkar yang khas dan ada nama pada setiap sangkar tu. Ini bermakna setiap ayam dan burung ini sudah ada pembelinya dia bukan bawa kat sana dan baru nak cari pembeli.
“Tiga orang yang bawa ini hanyalah transporter, dia ambil upah untuk bawa dan bila sampai di Aceh tu pembelinya datang ambil,” ujar Mohd Zawawi.
Jelas beliau, kesemua 70 ekor ayam sabung tersebut bernilai hampir RM170,000, manakala burung murai batu bernilai hampir RM160,000 untuk 40 ekor, ditambah lagi dengan nilai lebih 500 pokok kaktus.
"Jumlah kesemua rampasan adalah RM1.02 juta (termasuk barang rampasan lain berupa sebuah bot dengan dua enjin 200 kuasa kuda),” ujar Mohd Zawawi.
Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah, Akta Binatang 1953 kerana mengimport tanpa permit dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi.
Jika disabit kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan.
Manakala bagi kesalahan di bawah Akta Binatang 1953, Sub-Seksyen 36(1) boleh didenda tidak lebih RM15,000. Bagi kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Seksyen 61, pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Salim Aziz
Wed Apr 28 2021
Antara unggas rampasan APMM, yang sudah siap ditempatkan di dalam kotak berserta nama pembeli. - Astro AWANI
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.