70,455 calon SPM tercicir, Untuk Malaysia mahu penjelasan Kementerian Pendidikan
Umavathi Ramayah
Jun 19, 2022 14:30 MYT
Jun 19, 2022 14:30 MYT
Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai kedudukan 70,455 calon SPM tercicir. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai kedudukan 6.2 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang tidak menduduki peperiksaan itu.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia berkata, selain itu, sejumlah 11.9 peratus atau 45,514 calon turut gagal mendapatkan sijil berkenaan kerana sama ada tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah, dan perkara itu amat membimbangkan.
"Kesemua 70,455 calon ini dikategorikan sebagal cicir SPM yang membawa maksud mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya sama ada kerana tidak hadir peperiksaan tersebut mahupun
kerana tidak layak mendapatkan sijil," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.
Untuk Malaysia berkata, walaupun peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan ketika negara mendepani mencabar akibat tekanan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan ramal calon terpaksa belajar secara dalam tallan berbanding pembelajaran bersemuka, namun pihak Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan beberapa perkara.
Menurutnya, hanya dengan transparensi daripada pihak Kementerian Pelajaran untuk memberi penjelasan yang lebih mendalam dapat membantu rakyat Malaysia khususnya untuk memahami trend keciciran yang sangat merisaukan itu.
Justeru, Untuk Malaysia mengetengahkan lima persoalan seperti berikut:
- Demografi 70,455 calon ini dan latar belakang sosial dan ekonomi mereka?