7 lagi individu ditahan merusuh bakar suar, kain rentang berunsur provokasi
Astro Awani
Mei 18, 2021 14:42 MYT
Mei 18, 2021 14:42 MYT
JOHOR BAHRU: Seramai tujuh lagi individu ditahan polis Johor sehubungan dakwaan terlibat dalam insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tujuh daripada 20 individu yang ditahan sebelum ini disambung reman selama tiga hari selepas tempoh tahanan reman sebelum ini tamat pada Isnin (18 Mei).
Jelasnya, dalang berkaitan penganjuran himpunan tersebut masih dalam siasatan.
"Kesemua mereka yang ditangkap selepas didakwa bertanggungjawab dalam membakar suar dan mengantung kain rentang," kata Ayob Khan.
“Kita telah membuat tujuh lagi tangkapan baharu pada 17 Mei. Mereka diberkas kerana dipercayai berperanan menggantung ‘banner’ dan sebagainya.
“Untuk tangkapan baharu ini, kita akan mereman mereka selama tiga hari, siapa dalangnya masih dalam siasatan. InsyaAllah jika ada perkembangan bahau saya akan maklumkan, tetapi setakat ini kita hanya akan menyambung reman, dan peranan mereka ini adalah membeli suar dan membuat ‘banner’.
Ayob Khan berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Selasa.
Jenayah | Polis siasat kain rentang provokatif, bakar suar
Terdahulu, polis berjaya menahan 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh, pembakaran suar dan menaikkan kain rentang di parit raja, batu pahat.
Kejadian yang berlaku pada Khamis (13 Mei) kira-kira jam 2 pagi di Persimpangan Pekan, Parit Raja di KM22.5 Jalan Batu Pahat di Kluang.
#polis johor
#bakar suar
#kain rentang
#ayob khan mydin pitchay
#siasatan
#KerajaanGagal
#Parit Raja
#perhimpunan
#insiden merusuh