7 kematian akibat COVID-19 hari ini, 6 di Sabah, 1 di Selangor - KP Kesihatan

Astro Awani
Oktober 18, 2020 18:30 MYT
Pasukan pengurusan jenazah Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu yang memakai PPE mengusung jenazah individu dipercayai meninggal dunia akibat COVID-19 untuk dikebumikan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan tujuh kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad dengan enam daripada kes itu melibatkan pesakit di Sabah manakala seorang di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu sebanyak 187 kes.
Katanya, kes kematian itu melibatkan lima warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.
Perincian kes kematian adalah seperti dalam jadual berikut:
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
#kematian akibat COVID-19 #Malaysia #Sabah #Selangor #warganegara #ICU #unit rawatan rapi
;