694 individu ditahan ingkar PKP, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Hilmi Malik
Mei 25, 2021 21:50 MYT
Mei 25, 2021 21:50 MYT
KUALA LUMPUR : Seramai 694 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 685 individu dikompaun manakala sembilan direman.
Berikut tumpuan kenyataan media beliau pada Selasa.
1. PKPD Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak berkuat kuasa 27 Mei hingga 9 Jun.
2. PKPD Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor berkuat kuasa 27 Mei hingga 9 Jun.
3. PKPD Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng dan SK Telok Gelam berkuat kuasa 27 Mei hingga 9 Jun.
4. Beberapa lokaliti di Pahang, Perak, dan Sarawak ditamatkan PKPD pada 26 Mei.
5. Seramai 685 individu dikompaun, sembilan direman ingkar PKP.