69 kes varian Delta, 119 kes Omicron dikesan sejak 9 Februari - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Februari 11, 2022 20:06 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,586 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Institute for Medical Research (IMR) telah mengesan sebanyak 188 kes baharu Variant of Concern (VOC) pada 9 Februari sehingga 11 Februari 2022.
Ia melibatkan 69 kes varian Delta dan 119 kes varian Omicron.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,586 kes.
BACA: COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham
Daripada jumlah itu, 7,566 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
Secara keseluruhan, sehingga kini, VOC melibatkan 6,504 kes varian Delta, 815 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Kenyataan Akhbar KPK 11 Februari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/uecHMocvTI

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#VOC #VOI #COVID-19 #Omicron #Delta
;