NIBONG TEBAL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berjaya memadamkan 65 peratus daripada lebih 11 hektar kawasan kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram, di sini sehingga hari ini.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) ketika ini sektor 1, 2 dan 4 telah dipadamkan sepenuhnya namun masih dalam status pemantauan dan kerja-kerja penambakan tanah masih dijalankan bagi memastikan tiada kebakaran lagi.
"Bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman, kawasan kebakaran di tapak pelupusan sampah itu telah dibahagikan kepada lima sektor dengan tiga sektor telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.
"Manakala kerja-kerja pemadaman dan pengawalan masih dilakukan di sektor 3 dan 5 dengan menggunakan pelbagai kaedah dan alat pemadaman. Namun secara keseluruhan kebakaran adalah terkawal," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan usaha-usaha pemadaman turut dibantu pelbagai agensi persekutuan dan negeri antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Bomba Sukarela dan syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah itu iaitu Syarikat PLB Terang.
Menurut kenyataan itu, fokus utama operasi tersebut selain daripada pemadaman kebakaran adalah menjaga keselamatan para petugas lapangan di lokasi.
Kenyataan itu turut memaklumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah membuat pemantauan Indeks Kualiti Udara 24 jam sejak insiden kebakaran tersebut berlaku dan akan meneruskan pemantauan menggunakan dron untuk mengesan titik-titik panas di tapak pelupusan sampah berkenaan melalui imej termal yang diambil bagi membantu operasi pemadaman kebakaran.
"Pejabat Kesihatan Daerah SPS melaporkan sepanjang pemantauan kesihatan dalam kalangan populasi oleh fasiliti-fasiliti bawah Kementerian Kesihatan (KKM), tiada peningkatan mendadak untuk kes jangkitan mata dan saluran pernafasan atas (URTI), konjunktivitis dan asma. Semua kes ini direkodkan sebagai kes ringan dan tiada yang dimasukkan ke wad," menurut kenyataan itu.
Penduduk di sekitar Daerah SPS dinasihatkan supaya menjaga kesihatan masing-masing dan mengurangkan aktiviti luar serta sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas dan tidak sihat dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Byram berlaku kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas dan penduduk berhampiran telah diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara, manakala 10 sekolah berdekatan diarah tutup.
Pada 22 Jan, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata hasil siasatan semula oleh pihak bomba ke atas tapak pelupusan sampah itu mendapati keluasan kawasan tersebut ialah lebih 33 hektar dengan kira-kira 11 hektar yang terbakar dan kerja-kerja pemadaman api giat dijalankan menggunakan kaedah air serta tambakan tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
![65 peratus kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan 65 peratus kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643217015_PulauBurung.jpg)
JBPM Pulau Pinang berjaya memadamkan 65 peratus daripada lebih 11 hektar kawasan kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, penduduk berhampiran mula berpindah Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, penduduk berhampiran mula berpindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642420830_pusatpelupusansamp.jpg)
Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, penduduk berhampiran mula berpindah
Penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini susulan arahan dikeluarkan pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan mereka.