65 NGO sokong Tun Mahathir pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Kenyataan Media
Ogos 19, 2021 11:11 MYT
Menurut 65 NGO ini, negara memerlukan seorang individu yang memahami dan berpengalaman menguruskan krisis serta mendapat pengiktirafan Malaysia serta dunia, dan figura itu ialah Dr Mahathir. - Gambar fail
SOKONGAN NGO-NGO TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA
Majlis Pemulihan Negara (MPN) diperlukan bagi mengembalikan tanah air tercinta Malaysia kepada satu barisan kepimpinan Negara yang kompeten dan bertanggungjawab. MPN akan memfokuskan kepada kemampanan ekonomi, memperkasa pendidikan, menurunkan suhu politik semasa dan memberi nafas kepada sektor kesihatan yang semakin tenat akibat kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional mengurus kes COVID-19 yang saban hari meningkat dan menakutkan. Sehingga kini, 65 NGO berdaftar seluruh Malaysia menuntut Majlis Pemulihan Negara diadakan dan dipengerusikan oleh YB Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikut adalah tuntutan kami:
1. Rakyat berhak mempunyai pemimpin yang lebih kompeten, berintegriti, teruji dan terbukti seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
2. Parlimen amat perlu untuk semak dan imbang pentadbiran Negara dan dasar Majlis Pemulihan Negara.
3. Menggesa tindakan proaktif Yang di-Pertuan Agong menyelesaikan masalah krisis Negara.
4. Cadangan penubuhan MPN dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mekanisme terbaik menangani krisis semasa Negara.
5. Menyeru rakyat untuk bersama menangani krisis Negara.
Keadaan Negara kini tidak stabil selepas kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional yang telah memperjudikan dan membunuh sektor ekonomi, pendidikan, sosial dan politik di Malaysia.
Jadi strategi penyelesaian pada saat ini, Negara memerlukan Majlis Pemulihan Negara yang kalis pergolakan politik. Negara memerlukan seorang individu yang memahami dan berpengalaman menguruskan krisis serta mendapat pengiktirafan Malaysia serta dunia dan figura itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Seterusnya, perlu penjimatan penggunaan dana kerajaan serta strategi baru menjana ekonomi Malaysia terutama golongan miskin tegar, dan memastikan pengurusan vaksin dalam kadar segera dan menolak unsur kronisme dan birokrasi yang melampau.
Bersama ini disertakan lampiran senarai NGO yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
DR NURUL ASHIKIN MABAHWI
Ketua Sekretariat Reset Malaysia
19 Ogos 2021
Berikut merupakan senarai NGO yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi MPN:
1. YAYASAN PERINTIS MALAYSIA
2. INSTITUT KEMAJUAN WANITA MALAYSIA
3. PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA
4. PERSATUAN JURUTERA MARIN MALAYSIA
5. PERSATUAN JARINGAN USAHAWAN MELAYU PULAU PINANG
6. PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SE-MALAYSIA
7. BADAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN PELAJAR MISKIN MALAYSIA
8. PERSATUAN GERAK WANITA ISLAM MALAYSIA (GERAKWANIS)
9. PERTUBUHAN SRIKANDI BERSATU MALAYSIA
10. GERAK KHIDMAT RAKYAT MALAYSIA (KHIDMAT)
11. GERAKAN EKONOMI MALAYSIA (GEM)
12. PERTUBUHAN CAKNA ISU SEMASA (RAKSA)
13. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASPIRASI PEDULI RAKYAT MARHAEN MALAYSIA
14. PERTUBUHAN KEBAJIKAN HARMONI UKHUWAH KUALA LUMPUR (PKHU)
15. PERTUBUHAN KEBAJIKAN UNTUK ARUS TRANSFORMASI (PERKUAT)
16. PERTUBUHAN KHIDMAT MUDA MALAYSIA
17. PERTUBUHAN KHIDMAT MUDA SELANGOR
18. PERTUBUHAN KOMUNITI KHALIFAH SELANGOR (KHALIFAH)
19. PERTUBUHAN KOMUNITI PRIHATIN WARGA EMAS
20. PERTUBUHAN KHIDMAT MUDA PERAK
21. PERTUBUHAN KASIH AMAL TELUK BAHANG
22. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMANAH MASYARAKAT NEGERI MELAKA
23. PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT SEGAMAT
24. PERTUBUHAN LEGASI WANITA BERINSPIRASI (LEGASI)
25. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAL BATANG KALI (PEKABA)
26. PERTUBUHAN TRANSFORMASI UKHWAH (PETUA)
27. PERTUBUHAN KEBAJIKAN SIMPANG TIGA BERANANG
28. PERTUBUHAN JENTERA Y SUKU SELANGOR
29. PERTUBUHAN KHIDMAT PELAPIS TERENGGANU
30. PERTUBUHAN SEPAKAT MARUAH RAKYAT TERENGGANU (SMART)
31. PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MUSLIM
32. PERSATUAN NADI JAYA PULAU PINANG
33. PERSATUAN KEBAJIKAN SERI TANJUNG PINANG
34. PERSATUAN SAHABAT WANITA PRIHATIN TERENGGANU (SWAP)
35. PERSATUAN PENGERAK EKONOMI MUKMIN
36. PERSATUAN KEBANGSAAN SOLIDARITI KEMANUSIAAN NEGERI MELAKA
37. PERSATUAN KEBAJIJAN WARGA EMAS TENOM (PAKWAN) SABAH
38. PERSATUAN ANAK MUDA MASJID TANAH (PERTAMA)
39. PERSATUAN PENDUDUK FASA 4 BANDAR UTAMA BATANG KALI, SELANGOR (BARU)
40. PERSATUAN SUKARELAWAN GUGUSAN HULU SELANGOR
41. PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS SHAH ALAM
42. PERSATUAN PENDUDUK KEMBOJA 4B (PPK4B)
43. PERSATUAN PENDUDUK BUKIT SETIAWANGSA KUALA LUMPUR
44. PERSATUAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAKA 5 MINIT
45. PERSATUAN SINAR RAHMAH
46. PERSATUAN WAWASAN IKATAN SURI HULU LANGAT (WISH)
47. PERSATUAN WAWASAN SETIA HULU LANGAT (WASH)
48. KELAB INSPIRASIKU MAHATHIR
49. KELAB PEMINAT TUN MAHATHIR LARUT & MATANG SELAMA PERAK
50. KELAB PENERAJU WAWASAN MALAYSIA (WAWASAN)
51. KELAB KEMAKMURAN BERSAMA ANAK SELANGOR
52. KELAB MARHAEN BERSATU
53. KELAB SAYANGI BATANG KALI
54. KELAB REKREASI D'CIKU
55. KELAB SUKARELAWAN DUN BATANG KALI
56. KELAB SEBARA
57. KOMUNITI WARGA EMAS
58. KOMUNITI RUKUN TETANGGA TAMAN WIDURI 2
59. SUB ZON 5 SETIAWANGSA MPPWP KUALA LUMPUR
60. KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) KELUMPOK MAWAR
61. ANAK DARUL AMAN MALAYSIA (ADAM)
62. SHIELD TRAINING ACADEMY
63. WARGA EMAS ONLINE
64. GELANGGANG LELA RENTAKA
65. BIRO PENGURUSAN JENAZAH TANAH PERKUBURAN ISLAM
#COVID-19 #ekonomi #Majlis Pemulihan Negara #Mahathir Mohamad #usahawan #vaksin #warga emas #pendidikan #rakyat Malaysia #NGO #pelajar #Yang di-Pertuan Agong #Parlimen #Perikatan Nasional
;