64 klinik kesihatan diarah lanjutkan operasi

Astro Awani
Januari 31, 2014 00:11 MYT
64 klinik kesihatan di seluruh negara diarah melanjutkan operasi bagi menyediakan perkhidmatan selepas waktu pejabat setiap hari berikutan peningkatan jumlah kes demam denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah ini bagi menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan berikutan peningkatan jumlah kes deman denggi.
Arahan ini bagaimanapun bersifat sementara dan akan dilaksana dalam tempoh seminggu bagi membolehkan pihak pelaksana mengenal pasti serta mengatur jadual tugasan anggota terlibat.
Di Selangor, klinik kesihatan terbabit ialah di Seksyen 19, Shah Alam; Batu Arang; Botanik dan Dengkil manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, klinik kesihatan yang dilanjutkan waktu perkhidmatan ialah di Petaling Bahagia, Setapak dan Cheras.
#demam denggi #Klinik kesihatan #Noor Hisham Abdullah