64 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Umavathi Ramayah
April 8, 2021 18:53 MYT
April 8, 2021 18:53 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 64 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media beliau hari ini:
1. PKPD di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai di Pekan, Pahang, bermula esok sehingga 22 April.
2. Seramai 1,306 warga asing menjalani ujian saringan, 37 daripadanya positif COVID-19.
3. Seramai 64 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP PKP, 59 daripada mereka dikompaun, manakala lima direman.
4. Seramai 37 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, enam kenderaan darat dirampas menerusi Op Benteng.
5. Seramai 650 individu tiba di Malaysia, semua diarahkan dikuarantin di stesen kuarantin.