63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke

Astro Awani
Ogos 28, 2024 16:58 MYT
Anthony Loke memaklumkan hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati seramai 63 orang pekerja daripada 411 pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang boleh memperakukan perihal keselamatan penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain sejak Januari lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.
"Ini disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain. Bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan terhadap hasil siasatan mengejut CAAM, pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menyediakan pelan mitigasi.
"... Ia antara lain memperuntukkan perkara perkara seperti berikut, meningkatkan tahap keselamatan pesawat ke tahap waspada bagi membolehkan fokus diberikan terhadap kebolehpercayaan rebialiti pesawat," katanya.
Beliau berkata dalam satu sidang media pasca kabinet di Putrajaya pada Rabu.
Tambah beliau, pelan ini termasuk melaksanakan program merekrut tenaga kerja mahir secara agresif.
Ini termasuk mengecilkan skop perkhidmatan penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga dan memberi fokus kepada kerja (MRO) pesawat-pesawat MAB.
Tambah beliau, pelan mitigasi turut meliputi mendapatkan bekalan alat gantian enjin pesawat yang mencukupi daripada original engine manifacturer (OEM).
Untuk memastikan pematuhan terhadap pelan mitigasi tersebut, pihak MAB telah diarahkan untuk mengemukakan laporan bulanan terhadap status pelaksanaan pelan mitigasi MAB kepada pihak CAAM.
#Anthony Loke #kabinet #Malaysia Airlines Berhad #pihak berkuasa penerbangan awam malaysia