628 ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 26, 2021 19:52 MYT
Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 77,028 pemeriksaan pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 628 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Daripada jumlah itu, katanya seramai 609 individu dikompaun manakala 19 lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka sebanyak 162 kes, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (158), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (80), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (61), tiada penjarakan fizikal (47) dan lain-lain kesalahan (120)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Selain itu, katanya Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 77,028 pemeriksaan pada Selasa.
Katanya, ia melibatkan 4,396 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 16,107 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang PKP.
#ismail sabri yaakob #SOP #Kuala Lumpur #PKPD #pelitup muka #lombong #perintah kawalan pergerakan #rentas negeri #PKP
;