60 sekolah ditutup akibat banjir

Astro Awani
Februari 28, 2013 03:12 MYT
60 buah sekolah terpaksa ditutup di Kelantan dan Terengganu akibat gelombang banjir ketiga yang melanda kedua-dua negeri pada Rabu.
Ia mengakibatkan lebih 25,000 pelajar sekolah rendah dan menengah terjejas.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) Hussain Awang antara terlibat ialah 7 buah dalam daerah Tanah Merah, 18 di Daerah Pasir Mas, sebuah di Tumpat, 4 di Kuala Krai dan 3 di Machang.
Sementara itu di Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu memaklumkan penutupan membabitkan 22 sekolah rendah serta lima sekolah menengah.
#60 #banjir #ditutup #Kelantan #sekolah #terengganu