60 saksi sudah dipanggil bantu siasatan kes FGV - SPRM

Astro Awani
Jun 20, 2017 10:51 MYT
Dzulkifli berkata siasatan tidak hanya tertumpu kepada isu Delima Oil, sebaliknya melibatkan semua isu yang mempunyai asas untuk disiasat. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil 60 saksi bagi membantu siasatan kes Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sehingga hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata siasatan tidak hanya tertumpu kepada isu Delima Oil, sebaliknya melibatkan semua isu yang mempunyai asas untuk disiasat.
Semua siasatan kini dibuat berdasarkan bukti yang ada.
“Kita tunggu dan lihat. Kita akan menyiasat berdasarkan bukti yang ada. Kita akan kumpulkan bukti dan melihat bukan setakat isu Delima Oil tetapi juga beban isu yang telah kita dapati mempunyai asas untuk dibuat siasatan,” kata Dzulkifli.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis Ikrar Bebas Rasuah Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang, pada Selasa.
#60 saksi #Delima Oil #Felda #Felda Global Ventures Holdings Berhad #FGV #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia