60 premis diarah tutup, ini tumpuan kenyataan Hishammuddin
Nickyson Nyambar
Ogos 3, 2021 18:55 MYT
Ogos 3, 2021 18:55 MYT
KUALA LUMPUR : Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,767 anggota telah melaksanakan 82,244 pemeriksaan dan snap check COVID-19 penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara, pada 2 Ogos 2021.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 3 Ogos:
1) Gagal patuh SOP, 60 premis diarahkan tutup serta-merta.
2) 215 individu dikompaun kerana ingkar SOP.
3) Op Benteng tangkap 38 PATI, rampas tiga kenderaan darat.
4) Sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negara.
5) 542 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada 02 Ogos, semua dikuarantin.