60 Jalan Merdeka: Sejarah Jalur Gemilang
Astro Awani
Ogos 30, 2017 21:27 MYT
Ogos 30, 2017 21:27 MYT
APA sebenarnya sejarah di sebalik Jalur Gemilang?
Infografik berikut merungkai sejarah Jalur Gemilang yang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini.
Di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.