6 tahanan terakhir ISA dibebaskan hari ini

Astro Awani
Januari 5, 2014 08:42 MYT
Gambar Hiasan
Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan hari ini daripada Kem Tahanan Taiping (Kemta).
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu kenyataan media ekoran pengumuman menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kenyataan itu mendakwa kesemua mereka merupakan anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah dan ditangkap pada 14 November 2011 dan dikenakan perintah tahanan selama dua tahun.
"Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," kata kenyataan tersebut.
Enam tahanan terakhir ISA yang akan dibebaskan esok terdiri dari Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba dari Malaysia, Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu dari Indonesia manakala Muadz Hakim dari Filipina.
ISA dimansuhkan secara rasminya pada 22 Jun 2012 dan serentak dengan itu pewartaan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali SOSMA.
#Akta Keselamatan Dalam Negeri #KDN #Kem Tahanan Taiping
;