6 negeri berisiko dilanda banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS
Astro Awani
November 10, 2022 19:25 MYT
November 10, 2022 19:25 MYT
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan, kebanyakannya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia berisiko dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petir hari ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri, berkuat kuasa dalam tempoh 12 jam dari masa notis tersebut dikeluarkan iaitu jam 5 petang Khamis.
Berikut kawasan berisiko dilanda banjir:
1. Pahang
Daerah Rompin: Kg. Ayau, Leban Chondong, Perumahan Nelayan, Kg. Setajam, Kg. Tanjung Pahang, Kg. Pianggu, Kg. Perpat, Kg. Gading, Kg. Sarang Tiong.
Daerah Temerloh: Kg. Bangau Tanjung, Kg. Baru di Kuala Krau, Kg. Batu Sawar, Kg. Berhala Gantang, Kg. Bintang, Kg. Bukit Lada, Kg. Desa Baru Purun, Kg. Jenderak, Kg. Kerai, Kg. Lubuk Kawah, Kg. Padang Tenggala, Kg. Tanjung Pandan, Kg. Peragap, Kg. Pulau Pasir Mandi, Kg. Sanggang, Kg. Teluk Sentang di Kuala Krau, Taman Sri Desa.
Daerah Kuantan: Kg. Chendor, Kg. Cherating, Taman Balok Damai, Sri Mahkota, Taman Perumahan Padang Maju, Kg. Chendering, Sungai Isap, Taman Galing, Kg. Sg. Tiram, Kg. Sg. Lembing.
2. Johor
Daerah Mersing: Kg. Air Tawar, Kg. Semaloi, Kg. Asli Labong, Kg. Semanyir, Sg Padang, Kg. Kuria Bt. 4, Mukim Triang, Kg. Sg. Mengkuang.
Daerah Muar: Kg. Parit Raja, Parit Keroma, Parit Keroma Darat, Taman Keroma, Kg. Kenangan TDI 5, Parit Hj Zain, Bt 15 Air Hitam, Kg. Parit Yaakup, Kg. Parit Karim Hulu, Kg. Parit Hj. Zain, Kg. Parit Salman, Kg. Parit Shafiee.
Daerah Segamat: Labis Park, Kg. Usaha Jaya.
Daerah Tangkak: Kg. Tanjung Gading Darat, Kg. Parit Gelugor, Kg. Gelugor, Parit Idrus, Kg. Anjung Batu, Taman Payamas, Kg. Pengkalan Besar.
3. Sarawak
Daerah Kuching: Taman Bong Chin, Happy Valley, Taman Evergreen, Kompleks Sukan Jalan Green, Central Park, Desa Wira, Kg. Gita.
4. Selangor
Daerah Klang: Kg. Teluk Gong, Taman Daya Meru, Pekan Meru.
5. Melaka
Daerah Alor Gajah: Masjid Tanah, Kg. Jeram.
6. Negeri Sembilan:
Daerah Port Dickson: Kg. Jimah, Kg. Sg. Sendayan, Kg. Janging, Kg. Sawah Sunggala.