6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands

Amirah Nordin
Februari 8, 2023 08:57 MYT
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa maut membabitkan lima wanita serta seorang lelaki dewasa yang identiti mereka belum dikenal pasti. - Gambar/ Media sosial
BENTONG: Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands itu, mangsa yang maut membabitkan lima wanita serta seorang lelaki dewasa yang identiti mereka belum dikenal pasti.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting, Hasanal Amar Othman, berkata semua mangsa adalah warga tempatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
"Ketika kejadian, terdapat 15 orang wanita dan dua lelaki dewasa di dalam van tersebut.
“Enam mangsa termasuk pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong," katanya di sini, pada Rabu.
#kemalangan maut #Genting Highlands #van terbabas #tragedi genting