6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 13, 2020 19:11 MYT
Oktober 13, 2020 19:11 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat enam kluster baharu yang dikenal pasti pada Selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah selain masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.
"Empat kluster baharu yang dikenal pasti di Sabah adalah Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari.
"Satu kluster baharu di Selangor adalah Kluster Bah Kenangan dan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang, Kluster Penjara Jawi," jelasnya.
Berikut adalah perincian kluster-kluster baharu tersebut;
1) Kluster Semarak, Sabah
Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12,200) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 13 Oktober seramai 19 individu telah disaring, di mana:
• 14 kes dikesan positif COVID-19
• Lima individu masih menunggu keputusan.
2) Kluster Bina, Sabah
Kluster baharu ini dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15,575) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 13 Oktober seramai 59 individu telah disaring, di mana:
• 14 kes dikesan positif COVID-19
• 45 individu negatif.
3) Kluster Sabindo, Sabah
Kluster baharu ini dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,897) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 13 Oktober seramai 76 individu telah disaring, di mana:
• 14 kes dikesan positif COVID-19
• 51 individu negatif
• 11 individu masih menunggu keputusan.
4) Kluster Bestari, Sabah
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,830) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 13 Oktober seramai 45 individu telah disaring, di mana:
• 19 kes dikesan positif COVID-19
• 26 individu masih menunggu keputusan.
5) Kluster Bah Kenangan, Selangor
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,802) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 13 Oktober seramai 38 individu telah disaring, di mana:
• 18 kes dikesan positif COVID-19
• 15 individu negatif
• Lima individu masih menunggu keputusan.
6) Kluster Penjara Jawi, Pulau Pinang
Kluster baharu ini dikenal pasti di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga tahanan telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Oktober. Mereka semua tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah.
Sehingga 13 Oktober seramai 226 individu telah disaring, di mana:
• Tiga kes dikesan positif COVID-19
• 61 individu negatif
• 162 individu masih menunggu keputusan.
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Seberang Perai
#Tawau
#Sandakan
#COVID-19
#kes positif
#Kluster baharu