6 kes baharu Kluster Tawar, ini lima tumpuan utama kenyataan media KP Kesihatan

Fareez Azman
Ogos 16, 2020 17:22 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan perkara itu dalam kenyataan media pada Ahad. Gambar fail
Sebanyak 25 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada Ahad, termasuk enam kes daripada Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang.
Ini lima tumpuan utama kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
1) 25 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan, 16 kes jangkitan luar negara dan sembilan kes jangkitan dalam negara.
2) Enam kes adalah daripada Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 39 kes.
3) Dua kes dilaporkan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan pekerja restoran.
4) Jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 216 kes dan 28 kes pulih dilaporkan.
5) Tujuh kes positif COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #Kedah #Kementerian Kesihatan Malaysia #kes positif #Kes sembuh #kesihatan #kluster #Kluster Tawar #Kuala Lumpur #pulau pinang
;