6 kereta, 2 motosikal musnah dalam kebakaran pusat cuci kenderaan di Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Januari 25, 2022 23:35 MYT
Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Langkawi dan Persiaran Putera dikejarkan ke lokasi kebakaran. - Gambar/ JBPM
LANGKAWI: Enam kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan pusat cuci kenderaan di Jalan Padang Mat Sirat, di sini, pada Selasa.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Keselamatan (JBPM) Kedah, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 5.49 petang.
Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Langkawi dan Persiaran Putera dikejarkan ke lokasi kebakaran.
“Setibanya mendapati api sedang marak membakar rumah dua tingkat yang diperbuat daripada papan dan kayu.
“Turut terbakar enam kereta dan dua buah motosikal yang berada di dalam kawasan rumah terbabit.
“Tindakan pemadaman segera dilakukan dengan menggunakan empat pancutan serta foam bagi tujuan pemadaman kenderaan.
“Rumah dan semua kenderaan itu musnah seratus-peratus,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
#kebakaran #pusat cuci kenderaan #Langkawi #cuaca panas
;