6 kawasan di Sabah, Sarawak dikenakan PKPD - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Jun 1, 2021 20:34 MYT
Tindakan tersebut bagi memudahkan pihak KKM melakukan pengesanan awal serta saringan kontak rapat, kata Ismail Sabri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Dua kawasan di Sarawak dan empat di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 16 Jun, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut merupakan senarai kawasan yang dikenakan PKPD.
Dua lokaliti di Mukah, Sarawak
- Kampung Bunut
- Rumah Panjang Undum Anak Anchih, Sungai Duan
Tiga lokaliti di Kota Belud, Sabah
- Taman Nikmat
- Kampung Pirasan
- Kampung Dundau
Satu lokaliti di Tuaran, Sabah
-Kampung Simpangan
#ismail sabri yaakob #KKM #PKPD #ujian saringan #kes positif #PKP3 0
;