6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Astro Awani
Januari 24, 2021 18:27 MYT
Januari 24, 2021 18:27 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 6,894 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
Jelas beliau, daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, seramai 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.
Berikut merupakan lima perkara penting dalam kenyataan media Ismail Sabri pada 24 Jan:
1. PKPD di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan bermula 25 Jan hingga 8 Feb
2. 550 individu ditahan ingkar SOP PKP
3. Op Benteng tahan 54 orang PATI, rampas dua buah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
4. Sejak 24 April 2020, seramai 109,743 individu telah pulang ke tanah air
5. Seramai 6,894 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan, 154 orang disahkan positif COVID-19.
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Pelaksanaan PKP
#pekerja asing
#ujian saringan
#Menteri Kanak Pertahanan
#PKP