6,075 kes COVID-19 dalam negara, tertinggi sejak pandemik bermula

Astro Awani
Mei 19, 2021 07:08 MYT
Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu. - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara setakat ini ialah 485,496 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes .
Ini diikuti Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kelantan (441) dan Sarawak (323).
Dalam pada itu, terdapat pertambahan sebanyak 46 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 2,040 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 47,340.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 3,516 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 436,116 kes.
Setakat ini, 559 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 303 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Pada 19 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,075 kes Pecahan setiap negeri: Selangor : 2,251 kes Sabah : 160 kes Johor : 699 kes WP KL : 660 kes Sarawak : 323 kes Pulau Pinang : 183 kes Negeri Sembilan : 189 kes

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Status Terkini #COVID19, 19 Mei 2021 Kes sembuh= 3,516 Jumlah kes sembuh= 436,116 Kes baharu positif= 6,075 (6,072 tempatan, 3 import) Jumlah positif= 485,496 Kes kematian= 46 Jumlah kes kematian= 2,040 Kes dirawat di ICU= 559 Bantuan Alat Pernafasan= 303 pic.twitter.com/4BivVm2DsX

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) May 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #COVID-19 #pandemik #jumlah tertinggi #rekod tertinggi #kes baharu