6,060 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Hilmi Malik
Oktober 29, 2021 06:53 MYT
Jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 28,769. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jumlah kes harian COVID-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,060 kes dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara ini sebanyak 2,460,809 kes.
Setakat semalam, data COVIDNOW merekodkan 95 kematian menjadikan jumlah kumulatif korban dalam negara ialah sebanyak 28,769.

Sehingga 29 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,060 kes (2,460,809 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/ewhmzxGe7a

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 29, 202
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu mereka yang tidak bergejala dan gejala ringan dengan sebanyak 98.3 peratus atau bersamaan 5,955 kes.
Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 dengan kadar peratusan sebanyak 1.7 peratus.
Ketika ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menempatkan seramai 570 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 300 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, angka kes sembuh hari ini melebihi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 7,297 dengan angka kumulatif kes sembuh kini 2,361,919 kes.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif