6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

Bernama
Mac 9, 2024 23:45 MYT
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
Beliau berkata penempatan itu adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak.
"Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini hari ini.
Azman berkata demikian semasa mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.
Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta.
-- BERNAMA
#guru baharu #Sarawak #masalah kekurangan guru #pendidikan
;