PUTRAJAYA: Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G.
"Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti," katanya.
Setakat Mei lepas, Fahmi berkata pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan.
Beliau berkata mesyuarat pasukan petugas 5G oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini bagi memastikan pelaksanaaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan.
Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
Menurutnya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.
Mengenai keputusan kerajaan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, Fahmi berkata perkara itu akan diusahakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) manakala tugas dan fungsi CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diperjelas supaya tidak berlaku pertindihan.
"Ini penting kerana di mana-mana negara perlu ada badan kawal selia industri keselamatan siber. Di Malaysia kita menuju ke arah itu dan ini akan diusahakan bersama NACSA.
"Insya-Allah kita harapkan NACSA sebagai badan kawal selia atau entiti yang ambil alih nanti bila akta keselamatan siber ada manakala CSM memainkan peranan sebagai agensi penting bagi memastikan keselamatan siber di Malaysia terkawal dan terjamin," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Jun lepas berkata Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di kementerian itu, hari ini. - Foto Bernama
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua diumum beberapa minggu lagi - Fahmi
Pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum MCMC memuktamad penelitian mengenai proses tender.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.
Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia
Rangkaian 5G itu akan meliputi pengkomputeran pinggir (edge computing), awan dan perkhidmatan, berasaskan platform Paragon oleh Singtel yang disediakan untuk rangkaian telekomunikasi.
U Mobile, Time dotCom bekerjasama percepatkan pelaksanaan 5G
Kerjasama akan membolehkan mereka memanfaatkan rangkaian gentian Time yang luas untuk mempersiapkan pelancaran rangkaian 5G kedua mereka.
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.
Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.
Pengguna, perniagaan akan mendapat manfaat daripada rangkaian 5G kedua
Memiliki dua rangkaian akan menyediakan beberapa tahap persaingan selain mengelakkan monopoli, kata Pakar Ekonomi Geoffrey Williams.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
Kementerian Digital usaha tampil dasar baharu pelancaran rangkaian persendirian 5G
Kementerian Digital akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung usaha menampilkan satu dasar baharu mengenai pelancaran rangkaian persendirian 5G.