587 PATI diusir keluar dari Sabah

Radhi Muslim
Februari 19, 2020 20:20 MYT
Kesemua PATI terbabit akan dihantar terus ke Zamboanga, Filipina. - Foto MKN
Seramai 587 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir dari Sabah, pada Rabu.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Seleha Habib Yussof berkata, semua PATI berkenaan merupakan warganegara Filipina.
Menurutnya, kesemua PATI terbabit akan dihantar terus ke Zamboanga, Filipina.
“Mereka diusir menggunakan laluan laut iaitu melalui Pelabuhan Sandakan.
“Seramai 587 orang PATI dihantar dalam siri pengusiran kesebelas ini.
“Untuk tahun ini sahaja, seramai 2,915 orang PATI sudah dihantar pulang ke negara asal mereka selepas didapati tinggal di Sabah secara haram,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Menurutnya, pihak MKN akan mempergiatkan lagi usaha pengusiran dalam melihat Sabah bebas daripada kehadiran PATI.
#Filipina #Majlis Keselamatan Negara #MKN #MKN Sabah #pati #PATI diusir #pendatang asing tanpa izin #Zamboanga
;