568 kes Kluster Tapak Bina Damanlela, 189 kluster masih dipantau

Harits Asyraf Hasnan
Disember 15, 2020 18:26 MYT
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 55 kluster melaporkan pertambahan kes COVID-19 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kluster aktif yang masih dipantau adalah sebanyak 189 kluster.
"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes)," memetik kenyataan beliau hari ini.
Tambahnya, sehingga 15 Disember 2020, terdapat sebanyak 418 kluster telah dilaporkan.
Sementara jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah.
BACA: COVID-19: 1,772 kes baharu, 696 kes di Kuala Lumpur
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kluster #Kluster Tapak Bina Damanlela #Kluster Tembok #Kluster Tapak Bina Rimbun
;