55,000 pengguna alami gangguan air di Kuantan esok, ini senarai kawasan terlibat
Sinar Harian
Jun 24, 2024 16:12 MYT
Jun 24, 2024 16:12 MYT
KUANTAN: Kira-kira 55,000 pengguna air di daerah ini bakal terjejas susulan kerja-kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Panching pada Selasa.
Pengurus Daerah Kuantan, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Noor Izwan Bahudin berkata, gangguan itu dijadualkan berlaku kira-kira jam 9 pagi sehingga 5 petang pada hari berkenaan.
Menurutnya, kawasan terlibat ialah, Jalan Kuantan Bypass termasuk Permatang Badak, Kampung Pandan, Sungai Isap, Taman Bukit Rangin, Kampung Bukit Rangin, Kampung MPK, Kampung Chendering, Taman Desa Mesra dan kawasan sekitar.
"Seterusnya, Jalan Kuantan - Gambang termasuk Taman Sepakat, Kampung Batu Tiga, Tanah Putih, Kampung Razali Batu 3, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kampung Sac, Kuipsas, Kampung Air Hitam, Sri Damai, Jaya Gading, Taman Guru, Taman Rasau Perdana, Kampung Teluk Mahang, Taman Tas, Taman Tas Ria, Pandan Damai dua, Pandan Jaya, Kampung Lubuk Puyu dan kawasan sekitar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Turut terjejas kampung Seri Fajar, Kampung Mahkota, Taman Seriku, Taman Seri Mahkota Aman, Taman Mahkota Permai dan Kem Batu 10, Universiti Malaysia Pahang serta kawasan sekitar.
Selain itu, di Taman Inderapura, Taman Sri Damai Makmur, Taman Indera Sempurna, Inderapura Jaya, Perumahan Prima Penor Utara Jaya, PP1AM Indera Sempurna, Rumah Kanak - Kanak Hajah Kalsom dan Kampung Seri Melati juga mengalami gangguan.
Kawasan Kampung Batu Putih, Kampung Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang dan Taman Berjaya Permai, Kampung Sepat, Kampung Pak Mahat, Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Sungai Belat, Kampung Penor, Penjara Penor, Kampumg semangat, Ubai, Cheruk Paloh serta kawasan berhampiran.
Noor Izwan memaklumkan seluruh Felda Panching Timur, Panching Utara, Panching Selatan, Kampung Pasir Kemudi, Kampung Ah Tong dan sekitar kawasan sekitar mengalami gangguan.
"Kawasan di Paya Bungor, Paya Rambutan, Gedung Siam, Semuji Agro Resort, PLKN Semuji, Jabatan Veterinar, Kampung Gelugur, Kampung Megat dan kawasan sekitar turut terjejas," katanya.
Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya. - Sinar Harian