54 sekolah di Sabah dibuka semula

Astro Awani
Mac 11, 2013 15:36 MYT
Sebanyak 54 buah sekolah telah dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak minggu lalu ekoran pencerobohan di Sabah.
Daripada jumlah itu, lima di Lahad Datu dan 49 di sekitar Semporna.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsuddin Mat berkata, sekolah dibenar dibuka semula selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal.
“Hanya tiga sekolah di Lahad Datu yang belum dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (S.K) Lok Buani, S.K Fajar Harapan dan S.K Tanjung Labian kerana kawasan ini masih berada di dalam kawasan zon merah” katanya pada sidang media.
Lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah S.K. Tambisan, S.K. Sahabat 16, S.K. Sahabat 4, S.K. Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
Bagaimanapun kehadiran pelajar masih tidak memberangsangkan berikutan kebanyakkan ibu bapa tidak mengetahui bahawa sekolah telah dibuka semula.
#Lahad Datu #Semporna #Shamsuddin Mat #zon merah
;