53 keluarga mangsa banjir Serdang dapat perhatian Yayasan Bank Rakyat
Kenyataan Media
Januari 15, 2022 21:14 MYT
Januari 15, 2022 21:14 MYT
SERDANG: Yayasan Bank Rakyat telah peruntukan sebanyak RM10,600 kepada 53 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Serdang pada 17 Disember 2021.
Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang telah dikenalpasti melalui Kelab Rekreasi Wanita Muda Puchong.
“Inisiatif sebegini merupakan usaha YBR untuk membantu mereka yang memerlukan dan akan mengusahakan lebih banyak bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dikawasan yang terjejas,” katanya.
Tambah beliau lagi, disasarkan bantuan kali ini adalah sebanyak RM100,000.00 bagi membantu mangsa banjir di sekitar Selangor. 2 lokasi lagi yang mendapat perhatian YBR untuk bantuan mangsa banjir ialah di kawasan Hulu Langat dan Shah Alam/Klang.
“Pihak kami amat bersimpati dengan mereka yang terkesan akibat bencana ini dan diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka yang terkesan dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir.
Turut hadir bagi penyerahan ini adalah wakil penduduk Serdang, Datuk Dr. Mohamed Satim Diman.
Ditambah situasi wabak Covid-19 yang masih belum pulih diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terkesan menghadapi saat-saat sukar untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa bencana.
Pada tahun 2022, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.