53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini

Sinar Harian
Mac 18, 2024 16:20 MYT
Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.
KUALA LUMPUR: Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau dalam satu kenyataan.
"Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 11.30 pagi hari ini.
"Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024, untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian," katanya pada Isnin.
Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.
Beliau hanya akan dibenarkan keluar sekiranya IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan jangkitan yang dialami. - Sinar Harian
#Tun Mahathir #IJN #kesihatan Tun M #Tun M dibenar keluar
;