53 GRO warga asing ditahan di George Town
Bernama
Mei 8, 2014 14:20 MYT
Mei 8, 2014 14:20 MYT
Polis menahan 53 rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahab berkata mereka yang ditahan dalam operasi empat jam berakhir pukul 5 pagi itu terdiri daripada 45 wanita Thailand, tiga Indonesia, seorang Myanmmar dan empat lelaki berperawatakan wanita warga Thailand.
"Kesemua mereka berusia antara 21 dan 32 tahun itu didapati tidak memiliki permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 49 tahun dipercayai penjaga premis hiburan itu, katanya.
Beliau berkata selain itu, polis turut mengambil keterangan enam pengunjung bawah umur di pusat hiburan terbabit.