528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini

Eleanor Michelle Patrick
November 22, 2021 11:46 MYT
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Lapasan Telipok di Tuaran, Sabah, menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 528,234 murid dan pelajar sekolah di Sabah kembali ke sekolah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, hari ini.
Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah, termasuk dari Kolej Vokasional dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM), manakala 318,328 orang lagi adalah murid sekolah rendah.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Mistirine Radin berkata, jumlah itu membabitkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Manakala, bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM, seramai 10,938 murid dan pelajar hadir ke sekolah mulai hari ini.
"Berdasarkan statistik Jabatan Pendidikan negeri, kehadiran ke sekolah untuk sesi PdP bersemuka membabitkan seramai 27,924 orang murid pra sekolah, diikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seramai 3,105 orang, Tahun 1 (47,391), Tahun 2 (48,227), Tahun 3 (49,683), Tahun 4 (48,340), Tahun 5 (47,164) dan Tahun 6 (46,494)," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi kehadiran pelajar sekolah menengah, katanya ia membabitkan seramai 3,415 pelajar PPKI, diikuti Tingkatan 1 (40,951), Tingkatan 2 (38,264), Tingkatan 3 (37,204), Tingkatan 4 (35,107), Tingkatan 5 (34,033), Tingkatan 6 Atas (7,333), Tingkatan 6 Bawah (8,739), Kolej Vokasional (4,647) dan SSM Sabah (213).
Bagi sekolah rendah swasta, katanya seramai 279 adalah murid tadika, diikuti PPKI (30), Tahun 1 (445), Tahun 2 (472), Tahun 3 (488), Tahun 4 (397), Tahun 5 (392) dan Tahun 6 (369).
Sementara itu, Mistrine berkata, sekolah menengah swasta membabitkan seramai 1,263 pelajar Tingkatan 1, diikuti Tingkatan 2 (1,347), Tingkatan 3 (1,281), Tingkatan 4 (1,592), Tingkatan 5 (1,458), Tingkatan 6 Atas (305), Tingkatan 6 Bawah (397) dan Sekolah Antarabangsa (423).
Kehadiran murid dan pelajar sekolah harian, kecuali di sekolah kurang murid (SKM), bagaimanapun dilaksanakan secara penggiliran seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM sebelum ini.
#kembali ke sekolah #sekolah bersemuka #Mistirine Radin #Sabah
;