52 penceroboh Sulu disahkan terbunuh
Teoh El Sen
Mac 7, 2013 19:05 MYT
Mac 7, 2013 19:05 MYT
Seramai 31 orang penceroboh Sulu termasuk ketua kumpulan itu yang berpangkat ‘jeneral’ , telah terbunuh dalam Ops Daulat yang diteruskan petang semalam.
Ini melonjakkan jumlah keseluruhan pengganas Sulu yang sudah terbunuh dalam Ops Daulat setakat ini, kepada 52 orang.
Perkara itu disahkan oleh bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail, dalam sebuah sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.
“Operasi kami telah diteruskan ke kawasan yang baru. Pada mulanya, kami berada di Kampung Tanduo. Sekarang, kami meneruskan operasi di Tanjung Batu dan Tanjung Labian," kata beliau.
Ismail berkata satu pertempuran berlaku malam semalam di Tanjung Batu dan satu lagi pertempuran berlaku di Kampung Tanduo pagi ini, di mana ‘jeneral’ itu terbunuh.
‘Jeneral’ tersebut diwar-warkan ialah ketua penceroboh, Agbimuddin Kiram, tetapi, Ismail enggan mengenalpasti identiti jeneral itu.
Ismail juga mengesahkan bahawa tiada kematian dari pihak keselamatan dalam operasi terbaru ini.
Seramai lapan anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh dalam pertempuran-pertempuran sebelum ini.