515 ditahan ingkar PKPP, ini lima fokus utama kenyataan media PKPP

Isabelle Leong
Ogos 24, 2020 08:29 MYT
Ikuti lima tumpuan kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Polis menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad dengan 69 daripada mereka direman manakala 440 pula dikompaun.
Ini lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin:
1. PDRM menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
2. Seramai 440 individu telah dikompaun manakala 69 individu pula direman atas beberapa kesalahan termasuk terlibat dalam aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.
3. Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 58,185 pemeriksaan semalam (23 Ogos).
4. PDRM telah mengadakan 53 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 29,777 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.
5. Sejak 24 Julai sehingga 23 Ogos 2020, seramai 15,980 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan diarahkan menjalani kuarantin wajib.
#ditahan #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan Kluster Keselamatan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP