5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
Januari 6, 2021 18:02 MYT
PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru dilanjutkan bermula 9 sehingga 22 Januari 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari ke-211 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) pada Selasa merekodkan 194 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkembangan PKPP.
1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru dilanjutkan bermula 9 sehingga 22 Januari 2021.
2) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di submukim Ipoh, Perak bermula 7
sehingga 20 Januari 2021.
3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong serta merampas tujuh buah kenderaan darat. Sebanyak 111 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan.
4) Sebanyak 21 operasi sanitasi dilakukan meliputi 21 zon merah, dua zon jingga, dua zon kuning dan tiga zon hijau yang melibatkan 11 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.
5) Seramai 7,996 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 90,744 individu telah dibenarkan pulang.
#PKPP #PKPD #PKP #pati #operasi #SJR #kuarantin #ismail sabri yaakob #COVID-19
;