5 tip elak jadi mangsa penggodam, kecurian identiti
Shafizan Johari
November 16, 2017 16:49 MYT
November 16, 2017 16:49 MYT
ANDA pernah jadi mangsa penggodam atau kecurian identiti dan pengalaman ini sukar untuk dilupakan.
Berikut tip untuk anda melindungi diri dan maklumat peribadi anda:
Tukar kata laluan untuk semua perkhidmatan atas talian
Pastikan semua anda mengemaskini semua perkhidmatan atas talian seperti perbankan dan media sosial sebagai langkah awal mengelak jadi mangsa kecurian identiti.
Guna kata laluan yang lebih rumit
Elak mengunakan kata laluan yang senang diteka seperti nama anak atau tarikh lahir. Gunakan gabungan aksara yang lebih rumit bagi melindungi akaun anda.
Jangan klik pautan emel dari invididu yang tidak dikenali
Penggodam sering mengunakan taktik menghantar kod perisian perosak 'malware' menerusi emel. Jangan klik kepada pautan yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali, kerana pautan berkenaan mungkin mempunyai 'malware' yang mungkin akan jangkiti komputer atau peranti anda.
'Malware' berikut akan mendedahkan identiti anda seperti kata nama dan kata laluan kepada pengodam.
Semak URL, pastikan bukan laman web palsu
Penggodam boleh memperolehi kata nama dan kata laluan anda, jika anda tersalah memasukannya ke dalam laman web palsu.
Wujud laporan beberapa laman web media sosial dan bank pernah berhadapan dengan kes laman web palsu yang bertujuan untuk mencuri kata kunci penguna.
Kemaskini antivirus dan 'firewall' web
Kebanyakan perisian antivirus akan dikemaskini secara automatik, penting untuk pengguna sentiasa memastikan perisian itu diperkemas kerana ia merupakan pelindungan pertama daripada sebarang ancaman siber.
#bank
#kecurian data
#kecurian data peribadi
#malware
#PDRM
#perbankan online
#siasatan
#SKMM
#Tan Sri Mohamad Fuzi
#telco
#telefon mudah alih
#Tips
#transaksi